Get Your Cheapest Hotel Rate Today

06 January 2015

Senarai Hostel Murah Di Patong Phuket,Thailand


Assalamualaikum,

Hari ni tengah survey hostel kat Patong, Phuket jadi buat note dan share kat sini hostel yang murah.
Kalau nak cari hostel area Patong yang dekat dengan pantai, sila tengok map dulu. Sebab saya pernah stay kat The Belle Hotel Patong ,kat web tulis dekat dengan pantai, sekali time check in jauh daa.. So sila survey lokasi juga.

 Hostel Murah Di Patong Phuket

1  Capsule Hostel Patong

HARGA  DARI  RM25.82

Hostel Capsul lain sikit daripada hostel biasa, jadi macam menarik juga kalau try. Review kat Agoda pun bagus. Capsule hostel ni macam bilik-bilik kecik jadi lebih privasi sikit kalau nak bandingkan dengan hostel biasa. Harga pun murah, untuk seorang boleh ambil yang single, masa promosi harga dari RM25 ++ untuk seorang.

Picture From Agoda






2  Dfeel Hostel

HARGA DARI RM36.95

Hostel ni memang dapat sambutan ramai, kalau untuk yang single memang cepat habis. Jadi kena booking awal sikit. Tapi yang bestnya hostel ni untuk bilik Double/twin dia murah juga, bilik pun macam hotel bukan macam hostel lagi. Harga untuk bilik Double dari RM70++ bergantung pada musim.

Picture From Agoda


Kool Backpacker Hostel

HARGA DARI RM27.71

Hostel ni memang sama macam hostel-hostel biasa tapi yang bestnya location dia memang central.
Kawasan tengah-tengah Patong, tapi apa yang tak best sikit kawasan ni banyak night club jadi mesti bising kalau time nak tido. Jadi kalau tak suka bising jangan pilih hostel ni. Harga memang murah kalau untuk dorm.

 

Balcony Hostel Patong

HARGA DARI RM46.18

Sesuai dengan nama dia, hostel ni ada balcony, jadi sesuatu yang berlainan dari hostel biasa kat Phuket ni.
Hostel ni ada review/rating yang tinggi dalam Agoda. Ramai yang bagi review hostel ni bersih.
Harga hostel ni pun mahal sikit dari yang lain, tapi kira murah lagi la kalau bawah RM50 tu kan..
Sini juga ada double room tapi mahal sikit harga bilik double, sama dengan rate hotel pulak.



No comments: